Tuesday, 28 June 2011
Click~Shopping~Enjoy~Licious (CliShEyLicious)
CALLING ALL BEAUTIFUL LADIES TO VISIT THIS LINK...
http://clisheylicious.blogspot.com
Wednesday, 17 December 2008
RESIGN COUNTDOWN - BEST KANN...
Den dah tender resignation pd 27 seblas hari tue.. and since that day, hampir setiap hari ada jer orang bertanyo pado den, "Eh..you nak resign ker?, Eh..kenapa you nak resign?, Bila last day you?, Zt why? Why?, Ztttttt knp you resignnnn..you ni jahatlaa (ayat mcm ni pon ada haa.. :-) Maka puaslah aku menjawab soklan demi soklan agar dpt menepati piawaian/standard yg dikehendaki. Jawapan2 yg dapek memuas dan menyejukkan hati org2 yg menyayangi aku tu.. (hihihi..mak perasan sikit nyahhh)...
Pokoknya.. (pokok kelapa..), aku bukanlah ke mana-mana sgt pon, masih di KL. Masih sesak-masak bergelumang dlm traffic jam di bandaraya KOLUMPOR ni. Terima kasih kpd mereka2 yg prihatin dan mereka2 yg terasa aku ni memberi impak ke dlm diri mereka. Merasakan aku ni sebahagian drpd kehidupan mereka. Tidak seperti seorang-dua manusia yg langsung x terpalit celah gigi pon dgn keRESIGNan aku ni..(herheher)
Sesungguhnya selama 3 tahun setengah aku bekerja di sini, inilah saat paling LEGA boleh aku rasakan dan gambarannya tak tergambar dgn monolog blogku di sini (ewahh..) Tak payahlah aku terangkan sebab-musababnya, aku dan tuhan saja tahu CUKUP.. BAST ! (keluar hindustan la plak..)Cuma.. doakan aku di tempat baru, semoga semuanya kembali cerah dan bersinar. Semoga aku tidak dimanipulasi orang lagi (ooppss) dan semoga rezeki ini lebih afdal dan halal utk aku, keluarga aku dan kpd sesiapa yg insyaallah dpt merasa gaji aku..
NASI KEPALA SINCHAN
AKU DEDIKASIKAN KPD KENGKAWAN YG MENGENALI DIRI AKU..
KITA SEMUA SALING MENGHIBURKAN ANTARA SATU SAMA LAIN
Tuesday, 9 December 2008
TO FINISH READING A NOVEL - IS IT POSSIBLE ?
Membaca adalah salah satu daripada berpuluh-puluh hobi yang Zt suka buat. Lebih bangga lagi bila dpt beli sebuah buku baru dgn warna yg masih berkilat-kilat dan berbau kertas.. [ :-) winks ] Tapi kan sejak mendirikan mahligai rumahtangga dan dah beranak sorang ni kan, byk hobi terkubur begitu saja dan hari-hari yg berlalu seolah-olah akan memisahkan aku dgn buku... owhh bukuu... hehehehe..
Sebenarnya tidak sgt pun krn hidup kita ni sebenarnya menglibatkan pembacaan setiap hari sama ada kita sedar atau tidak. Tengok jenama produk, tengok signboard, tengok nametag orang, tengok harga makanan, tengok kalendar, tengok jadual bertugas, dan macam-macam lagi. Itu semua untuk 'MENCARGASKAN MINDA", utk bagi minda kita bergerak dan berjalan. Jgn meleweh-leweh dan lembab sajer.. :-)
Skrg Zt tgh further study in HR Mgt - Byklah baca modul2 berkaitan HR dan bidang-bidangnya. Ini tergolong dlm bidang bacaan yg berat dan memerlukan penglibatan memikir, memfokus dan membuat keputusan dan lain-lain hasil lagi.. Sama juga dgn siswa2 yg lain, siapa yg pernah jadi student IPT dia tahulah, boleh bikin kepala pecah mcm tongkang pecah bila bwk PATI dr Indon. :-) . Tapi seberapa byk pun kita membaca, takkan cukup berseri kalau tiada pembacaan yang ringan pula, yelah bila otak dah bersepai membaca buku dgn subjek2 yg berat tu atau bahan2 berkaitan kerja, mestilah kita nak release sikit yer tak..
Seven Sunny Days ni Zt baru beli di Popular semalam, tak sampai RM 15.00 siap ada diskaun lagi. Tak tahulah knp pegang buku ni, mungkin sebab cover dia comel kot.. :-) Ingat nak beli 2-3 buku lagi tp bajet tak mengizinkan dek krn sebelum terjumpa kedai buku, den dah bershopping bonda lain dulu.. huhuhu...
Ehh..boleh ke nak habiskan baca novel ni ? Cam terrer jer.. Padahal byk lagi benda nak baca. :-) Hahhh..semoga aku bisa menghabiskan novel ini yaaa.. semangat-semangattt..Go Go Go !
Tuesday, 2 December 2008
CACAMERBA KEHIDUPAN
Thursday, 30 October 2008
BANGUNKAN MASJID CINA - ALHAMDULILLAH
Semalam Zt terbaca kat Utusan Malaysia mengenai cadangan utk membangunkan masjid khusus bagi kaum cina muslim dan pelbagai reaksi mengenainya. Selama ni memang dah wujud masjid bagi masyarakat India Muslim iaitu Masjid India di Jalan Masjid India, KL. Masjid Melayu pula bersifat universal, pokok pangkalnya masjid adalah rumah Allah s.w.t dan semua umat islam boleh keluar masuk menunaikan ibadah, mendapatkan perlindungan dan menjalankan aktiviti2 kemasyarakatan di masjid. Saya sangat menyokong cadangan ini dan bersyukur kerana akhirnya golongan2 mualaf ini diberi keistimewaan dan penghargaan seperti ini. Ini akan lebih mengeratkan kasih sayang sesama umat islam di samping menarik minat golongan mualaf utk ke masjid krn mereka telah diberi tanggungjawab utk menyelia rumah Allah itu...
Semoga usaha murni pihak yang terbabit mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t dunia dan akhirat. Tahniah ! (Gambar di atas adalah Great Mosque of Xi'an)
Wednesday, 29 October 2008
HAPPY BIRTHDAY TO ME !


Hehehehe.. Today is my birthday - 29th October. I received a lot of wishes from my family and friends. And now i would like to wish myself, a very Beautiful Happy Birthday today...
I love my self and i always proud being me, Zaity. Thank you Allah.
Tuesday, 21 October 2008
TUJUAN BERBLOG ?
Yg ingin saya utarakan di sini adalah tujuan atau nawaitu kita berblog. Sebaik-baiknya sematkanlah di hati kita rasa tanggungjawab dan niat yg baik dlm berblog. Postings2/Writings2 yg kita ketengahkan, jadikanlah ianya sbg sesuatu yg boleh dimanfaatkan oleh org lain, yg mungkin boleh memajukan, boleh menyedarkan, boleh dihayati, boleh diambil sbg ikhtibar atau menjadi inspirasi kpd org lain. Umpamanya, posting2 keagaaman seperti menyebarkan ilmu islam kpd org lain, berkongsi maklumat dan sebagainya.
Jgn pula kita hendak menjadi seperti hero atau panglima, demi kerana ingin meluahkan rasa terpendam dan ketidakpuasan terhadap sesuatu, kita main belasah saja menulis, dengan berani menaip ayat demi ayat tanpa memikirkan risikonya, silap haribulan mungkin kena ISA, tak ke haru jadinya ? Anda lontarkan ayat2 sinis dan berbisa, dgn harapan pihak yg di target tersembur dan hangat cuping telinga membaca posting2 anda. Ketahuilah mungkin blog anda sedang dipantau oleh sesetengah pihak dan ini mungkin mengundang bahaya bukan sahaja kpd diri anda malah karier anda, keluarga anda dan sepupu sepapat atau apa saja yg berkaitan dgn anda.
Monday, 20 October 2008
KESELAMATAN JALANRAYA - PATUHI LAMPU ISYARAT
Pentingnya kita sebagai pengguna jalanraya utk mematuhi lampu isyarat dan arahan dari Abg Polis Trafik. Bukan kerja susah pun, cuba pandu dengan cermat, ingat keselamatan diri sendiri dan keselamatan pengguna jalanraya yg. lain. Tetapi ada juga terjadi, apabila kita sudah cukup berhati-hati dan beringat, org lain pula yg menjadi penyebab kita terlibat dlm insiden jalanraya. Al-kisah pasal lampu signal kenderaan pula, bagi pemandu-pemandu ingatlah utk menyalakan lampu isyarat semasa hendak membelok ke kiri atau ke kanan. Ianya dpt membantu pemandu lain mengetahui arah tujuan anda. Jgn apabila sudah dekat dgn persimpangan, terus saja anda membelok secara mengejut memasuki simpang. Pasti mengejutkan pemandu kenderaan di belakang dan membrek secara tiba-tiba. Jgnlah buat stunt pulak atas jalan tuu.. Pd pendapat saya, manusia yg malas dan berat memberikan signal ni adalah manusia yg sombong dan tidak berhemah. Umpama membawa kenderaan menonong ke hadapan. Tidak melihat ke cermin kiri, kanan dan atas. Cuma ingat diri sendiri saja di atas jalanraya, cuma hendak sampai ke destina dituju.
Jgn begitu, ingatlah...ingatlah bahawa di atas jalanraya kita bergantungan antara satu sama lain. Keselamatan diri anda dan pengguna-pengguna jalanraya di sekelilingn anda amat berkaitan dan menyokong antara satu sama lain. Jgn memintas dan berebut-rebut memasuki barisan, bersabar dan tunggu giliran anda. Apabila terdapat pemandu yg memberikan laluannya kepada anda, angkat tangan tanda hormat dan berterima kasih, tunjukkan budi pekerti yg tinggi walau di atas jalanraya dan tiada siapa yg mengenali anda. Sekali anda berbuat baik, seribu kali tuhan akan mempermudahkan urusan anda.. Percayalah !
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ! (P/S: Lampu isyarat kat atas tu mana satu nak ikut daaaa....)
TRULY TAMILWOOD - IT'S SO TAMIL !

oi..sakit kuda tu, mesti melecet ..keciannyerrr.. cittt poda..
Puiyooo... Pakai ilmu apa ni, mungkin ada menuntut ilmu kebal..hehehe
P/S : Fan of Rajnikanth... aaaaa padayappaaa
Friday, 17 October 2008
MELAMIN YANG KITA TAHU. BENDA LAIN YG KITA TDK TAHU, BAGAIMANA ?
Friday, 26 September 2008
KAD RAYA DARI ZAITY UTK SEMUA KAWAN2 BLOGGERS
KAD RAYA DARI TEMAN-TEMAN BLOGGERS




