Tuesday, 21 October 2008

TUJUAN BERBLOG ?

BLOG, apa itu blog tak perlulah di definasikan di sini. Rasanya ramai org dah pandai dan pro dlm soal2 berblog ni. Cuma yg nak dibangkitkan ialah kewajipan, tanggungjawab dan tujuan mempunyai blog. Dlm negara yg memberikan kebebasan dan hak bersuara ni, ramai yg menjadikan blog sebagai MEDIUM menyuarakan pendapat, idea dan sesetengahnya tempat meluahkan isi hati. Ada juga yg menjadikannya tempat menyebar fitnah, menegakkan benang yg basah, memancing sokongan dan meraih simpati.

Ada juga individu yg sekadar ingin mempunyai sebuah laman blognya sendiri. Ye lah, org lain ada blog, dia pun nak berblog juga. Bloggers seperti ini mungkin boleh kita panggil sbg blogger pasif, maknanya kurang aktif, penyertaannya dlm dunia blog cuma sekadar ikut-ikutan dan meramaikan komuniti blog saja.

Yg ingin saya utarakan di sini adalah tujuan atau nawaitu kita berblog. Sebaik-baiknya sematkanlah di hati kita rasa tanggungjawab dan niat yg baik dlm berblog. Postings2/Writings2 yg kita ketengahkan, jadikanlah ianya sbg sesuatu yg boleh dimanfaatkan oleh org lain, yg mungkin boleh memajukan, boleh menyedarkan, boleh dihayati, boleh diambil sbg ikhtibar atau menjadi inspirasi kpd org lain. Umpamanya, posting2 keagaaman seperti menyebarkan ilmu islam kpd org lain, berkongsi maklumat dan sebagainya.

Jgn pula kita hendak menjadi seperti hero atau panglima, demi kerana ingin meluahkan rasa terpendam dan ketidakpuasan terhadap sesuatu, kita main belasah saja menulis, dengan berani menaip ayat demi ayat tanpa memikirkan risikonya, silap haribulan mungkin kena ISA, tak ke haru jadinya ? Anda lontarkan ayat2 sinis dan berbisa, dgn harapan pihak yg di target tersembur dan hangat cuping telinga membaca posting2 anda. Ketahuilah mungkin blog anda sedang dipantau oleh sesetengah pihak dan ini mungkin mengundang bahaya bukan sahaja kpd diri anda malah karier anda, keluarga anda dan sepupu sepapat atau apa saja yg berkaitan dgn anda.

Jadi fikir-fikirlah.. Berani memang berani, tp jgn menggali lubang kubor sendiri. Memang blog anda hak anda, komputer anda hak anda, keyboard anda hak anda... Tapi bak kata pepatah melayu - Kerana mulut badan binasa....

12 comments:

Mak Su said...

:)

ZARA said...

as a therapy 4 me...^0^

Nadia said...

kak zaity. nadia buat blog private. pls aprrove k :)

Anonymous said...

hehehehehe

erwin said...

betul juga sih

Anonymous said...

caca merba kehidupan..ayooohh

--{-@ Zaity @-}-- said...

senyum-senyum ya dongggg...!

en_me said...

gittewww yerrr..

naz ilyn said...

salam..

lama tak bertandang ke laman zaity..

_neo_ said...

nice writing!!

Signorina Syima said...

kadang-kadang... nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.. kita tau apa yang diluahkan berisiko.. tp ini saja satu2 medium yang memungkinkan kita untuk capai matlamat. ada orang takut utk face to face. ada setengah nak face to face tapi satu pihak asyik melarikan diri... camana pulak tu??

jemiro said...

tepat, kita memang memiliki hak untuk berucap, tetapi kita perlu tau kewajiban kita untuk tetap dalam kadarnya -hormat-
terima kasih, nice posting